Tuesday, 2 August 2011

ragam manusia pada 1 august = 1 ramadhan / 2011

ermmm nie sekadar perkongsian dan mungkin ianya boleh memberi kesedaran kepada diri kite ^_^
puasakah mereka?kenapa mereka sebegitu sekali?

hari ni tqa ke lorong haji taib cowkit dan jalan tar untuk survey new stock shawl bagai for raya dis year...wow awal keluar rumah nie....pergila dengan gagah ke sana....time survey survey barang nie macam2 ragam manusia dapat dilihat baik lelaki mahupun perempuan....
ada yang bershooppping mcm la kedai tu dah tak bukak dah....memilih sampai boleh gadoh2....
ada orang yg pergi membeli belah mcm xberbaju....siap melatah "ya ALLAH" 
bersopping mcm nak borong satu kedai...wow tatuttnyerr...
ada yg merokok slumberrrr jer.....fuh sane fuh sini....perghhhh anda rasa anda terbaikkk laa tuuu....
mkn dan minum di khalayak mcm bukan bulan puasa....
berpegangan tangan antra lelaki & perempuan tanpa rasa segan dan silu....dan mcm2 lagi laa....

sabor jelaa...bile dilihat gelagat mereka, seolah2 mrk merasakan benda yg dilakukan itu tidak salah ada yg bangga lagi...aih nie baru hari FIRST belum hari hari yg seterusnyee....

yeh mmg diri ini xla sesempurna mana....tp kite sbgi org mlayu ISLAM kenala faham dan menjaga tingkah laku sebagai umat Islam apetah lagi laa nie time nie time bulan ramadhan niee....xyahlaa nak LOQLAQ sangat....kawal sikap kawal sikap kawal segala2nya ...hormati bulan yg penuh barakah ini...
moga mereka2 dan diri kita dilindungi dan menemui jalan kebenaran tika dlm kesesatan
AMINNNN....

INI sekadar perkongsian oleh seorang remaja yg masih belajar dan serba kurang dlm mcm2 bidang dan aspek :) segala silap kata harap dimaafi....

:::::::::::semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yg lalu ::::::::::

Wednesday, 6 July 2011

TANGISAN~


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.
"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau menarik dan mengoyak2 pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.....