Wednesday 1 February 2012

best friend forever dah N.I.K.A.H ^____^

T.A.H.N.I.A.H ZARUL & NADYRA
 every picture 
tells a thousand story 

gembira bila tengok nad dah nikah...picture ni sume di ambil oleh nuzurul huda...yeah saye edit sikit2 saja...ape2 pon nad time nie sgt gojessssss...kasut yg penting bling2 gitu...lovely nikah day nad....meriah~
apa2 pon kawan ku jangan sedih sedih taw...semoga bahagia hingga akhir hayat darling...yeah you got a new life...live it with happiness...build it with barakah...insyaallah bahagia akhir hayat...
love you ketat ketat...









Wednesday 4 January 2012

::: tWeLVe F :::


5s (sport, sex, screen, song, smoke ) 3f (fun, food, fashion)


 malangnya tanpa disedari F itu telah meningkat kepada 12F...
apakah ketulan-ketulan 12 F itu???
(food fun fashion feminine finance fit freesex fantasi facebook faith filem tunggaknya adalah ---> freemasonary)
ini juga antara cara-cara golongan yahudi digunakan dalam rancangan untuk menjatuhkan ISLAM
kita ambil ini sebagai renungan terutamanya bagi kita-kita yang sedang meningkat umur ini, yelaa remaja yang baru nak up semua benda kita nak cuba try, disamping itu juga secara tak langsung nak gak memperingati anda-anda yang mungkin terbaca entri ini "hello"^_^


INI SEMUA TERJADI : KESAN NYA :

: FOOD :


kini sedar tak sedar heboh dengan isu makanan tak halal sana sini, daripada bahan makanan laa punca segala nya...sekarang ni banyak betul  kita dihidangkan dengan isu makanan "makanan segera, makanan 24 jam, makanan mamak, western, kopitiam, pesta makan durian, jalan-jalan cari makan dan banyak lagi" semua berkaita dengan makanan...makan selagi boleh yer...fikir hanya apa yang mahu dimakan yer...hari ni nak makan apa yer...hari ni nak masak ape yer...hehehe perasan tak?
apa yang kita makan itulaa yang akan jadi darah daging kita...makanan yang bersih dan halal itu la yang akan menjaga kesihatan kita rohani dan kekuatan jiwa. (

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

 Surah Al-Baqarah (2) : 168

:FUN:


Laa ni manusia dicurahkan dan dimuntahkan dengan pelbagai jenis dan bentuk  FUN dan hiburan yang melalaikan. Muzik, tarian program realiti yang berbagai2 bentuk sehingga menyebabkan wujudnya pergaulan bebas yang tidak dapat dibendung keseronokkan tanpa batasan. Penyanyi selebriti  artis2 menjadi pujaan remaja kini disanjung-sanjung segala perkembangan diikuti baik pemakaian cara bercakap dan macam-macam sampai tak larat nak tengok. sedarkah kita sebagai remaja kita ni sedang dihanyutkan kepada satu kehancuran... tapi alhamdulillah sejak dua menjak ni dengan kehadiran dan wujudnya fenomena UAI telah menunjukkan bahawa beliau mampu untuk mengubah muda mudi terutamanya ke arah kebaikkan. dengan kehadiran 80 000 ribu orang semasa ambang new year hari tu menunjukkan UAI ni mempunyai aura yang hangat sehingga berjaya menguasai beribu masyarakat MALAYSIA.



:FASHION:


Perasan atau tak FASHION sekarang ni baik pemakaian perhiasan ada yang bercanggah dengan etika Islam kita. peliknya tu yang memperagakan dan menjadi model pakaian tersebut adalah mereka yang beragama ISLAM sehingga menjadi ikutan segelintir orang...terutama remaja mereka sukakan sesuatu yang baru lebih trendy ikut peredaran zaman...contoh pakaian ala-ala korea kini segelintir remaja berpakaian mengikut artis korea dan dengan tanpa rasa segan silu memperagakannya ketika ke pasar malam pergi ke chow kit pergi ke PAVI class sikit kan baru koreannn, tudung mesti la tak pakai rambut pun kena la ikut style korean baru la comel K-pop K-pop tu.. lepas tu pegi la makan bibimbap or kimchi.hehehe. hati hati la korang....ada juga jubah  muslimah tapi sayang meterial kainnya terlalu jarang atau ada yang melekat-lekat pada badan sehingga boleh melihat susuk tubuh wanita yang memakai pakaian tersebut.
kebiasaannya fashion ini digilai oleh kaum wanita...wahai wanita jangan terlalu terleka dengan busana dan perhiasan yang indah dan cantik-cantik takut ia mengundang kepada perkara yang negatif...ha kalau dah wanita ini ingat tak isu ekploistasi wanita hari itu tqa tulis...tu proposal untuk thesis sebenarnya...haa tula jadinya jika wanita terlalu syok sangat nak menjadi perhatian orang ramai dalam pada masa yang sama kita wanita sedang dipergunakan oleh mereka yang mementingkan keuntungan semata-mata.



:FEMININE:


ehem tentunya berkaitan dengan wanita kan? wahai wanita tanpa disedari kita ini telah dipergunakan untuk menarik dan mempengaruhi khalayak ramai bagi tujuan tertentu yang semestinya kepada perkara yang negatif. ingat pepatah ini
 "rosak wanita maka rosaklah generasinya. rosak generasi maka hancurlah budaya dan bangsanya"
Wanita semestinya kita ini cantik ayu lemah lembut dengan kelebihan yang dimiliki itu bukanlah untuk kita bermegah-megah, menunjuk-nunjuk, menjual kecantikan untuk mendapat keuntungan yang lumayan sehingga menjadi ikutan orang lain dan merosakkan orang lain. begitu juga bagi lelaki yang mempunyai wajah yang kacak dan tampan. dengan perkembangan dunia kini lelaki hanya mencari wanita seperti model yang cantik dan berharta untuk dijadikan isteri. buat apa penikahan yang mementingkan harta dan kecantikkan kebahagiaan didalam rumah tangga akan pudar dari sms ke sms disebabkan tiada kesedaran dalam diri.
seorang anak seni Marilyn Monroe (1926-1962) bintang yang terkenal yang mendapat jolokan berkaitan simbol sex sebelum membunuh diri dan ada yang mengatakan dia dibunuh. sempat menulis tentang bahayanya kemasyuran. apa yang terjadi pada dia turut terjadi juga pada selebriti yang lain. 


berhati-hatilah kalian kepada kemasyuran, berhatilah-hatilah terhadap pujian yang disampaikan orang atas pemaiainan di filem. saya termasuk wanita yang malang di bumi ini, kerana saya tidak dapat menjadi seorang ibu, saya rindu kepada rumah tangga yang bahagia, aman dan damai. Kehidupan bersuami isteri itulah lambang kebahagiaan segenap umat manusia. Bekerja sebagai anak seni adalah ibarat barang dagangan yang murah. ia tidak mempunyai nilai yang luhur. meskipun ia mendapat kejayaan dan kemasyuran yang gemilang dan tentunya juga wang yang bertompok-tompok. (Marilyn Monroe dalam Ilham Maqzuq 2005:78)
Berhati-hatilah...


:FINANCE: 


Kad kredit wow gold laa....heheeh AWAS....hutang tuuu....dari aspek ekonomi kad kredit ini adalah baik tetapi bagi mereka yang mampu boleh laa...ini mereka yang tak mampu tapi nak juga apply kad kredit ni...jangan laaa...ikut yang termampu sudah...Institusi kewangan berlumba-lumba bekejar-kejar nak cari pengguna kad kredit yang baru sasaran mereka mestilah anak muda remaja sebab ikut nafsu nak gaya lebih kad kredit its a trend. so if tak ada erm tetinggalan zaman sikit laa...tapi mereka yang apply ni tak mampu jadi terpaksa laa menanggung bebanan hutang pada usia muda ini. ada diantara anak muda diisytiharkan muflis pada usia muda lagi menjadi hamba hutang hinggalah usia tua. kalau dah hutang mesti ada unsur riba bila tak dapat bayar balik kan. haa tambah lagi satu dosa. haih takut gak ni...

130. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu makan atau mengambil riba Dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
Surah Ali-Imran (3): 130



:FIT:


Satu F yang mengorbankan banyak nyawa kini. iaitu FIT. dimana musuh utama negara iaitu DADAH pelbagai jenis dadah dihulur kepada remaja terutamanya untuk merosakkan remaja supaya leka dan lalai. ia diedarkan secara gelap dan senyap-senyap untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda yang makan benda HARAM tersebut anak muda mudi kita juga MELAYU ISLAM mereka yang jual sudah semestinya tidak menyentuh dadah sebab mereka tahu proses pembuatan dadah tu memang teruk. ada juga artis tanah air kita yang terlibat dengan kes najis dadah ini tidak kira penyanyi atau pelakon mereka adalah idola menjadi public figure kemana saja orang kenal menjadi ikutan tetapi  tersilap memilih jalan hitam ini. tapi alhamdulillah dalam pada masa yang sama ada yang berubah dan sedar akan penyalah gunaan dadah ini dan kembali kepada jalan yang benar, bagi mereka yang belum lagi ayuh sama-sama kita doakan supaya mereka bangun dari tidur mereka.


:FREESEX:


Percampuran bebas yang tidak terbatas dalam fun fashion feminin fit  menyebabkan wujudnya free sex ini. jika dilihat isu berdua-duaan berkhalwat semua tu diperopoli oleh bangsa kita iaitu bangsa melayu. Melayu memegang carta tertinggi dalam melakukan perkara yang luar biasa. sama ada kes pembuangan bayi, jumlah bayi yang dilahirkan luar nikah/ tak sah taraf dan gejala sosial lain adalah dilakukan oleh bangsa melayu Islam. sedihnya budaya zaman jahiliyyah dimana buang bayi dan hiburan ini seperti kembali menular pada zaman serba moden kini. haih dunia dunia...moga remaja yang masih tidak terjebak dengan perkara ini membantu mereka yang terjebak.


:FANTASI:


saya suka berangan dan berFantasi. dari keciklagi saya suka angan-angan. bercakap sorang-sorang adalah perkara biasa kanak-kanak ketika sedang ondaway nak membesar its normal. ingat tak ketika waktu sekolah dulu kita kena buat karangan JIKA AKU SEBATANG PENSIL , JIKA AKU SEBUAH BAS? JIKA AKU SEEKOR GAJAH? JIKA AKU SEBUAH TONG SAMPAH? dan macam-macam lagi laa...inila contoh manusia menfantasikan sesuatu benda menjadi manusia. ia merupakan fantasi kosong tidak memberi faedah, fantasi yang tidak mempunyai tekad untuk mencapai apa yang difantasikan, ibarat pepatah melayu angan-angan mat jenin angan-angan kosong. fantasi di dalam filem contoh watak hantu yang mempunyai pelbagai rupa. hantu cina lain hantu melayu lain. kadang-kadang ia difantasikan terlalu berlebihan sehingga menyebabkan kepercayaan dan keburkkan terutama kepada emosi penonton terhadap sesuatu yang diciptakan tersebut. ada juga watak fantasi dalam animasi cartoon contoh the smurf sekarang sudah diadaptasi menjadi filem ia berkemungkinan boleh menguasai minda kanak-kanak terutamanya. Berbanding dengan kisah upin & ipin mempunyai unsur-unsur nasihat dan peringatan kepada kanak-kanak ia boleh memberi kepada impak positif. fantasi tidak hanya memberi kesan negatif ia juga wujud kesan positif kepada masyarakat.


:FACEBOOK:


direka tentunya oleh pemuda yahudi. Ia tidak dilarang untuk digunakan selagi ia tidak memberi kemudharatan kepada pengguna dan tidak merosakkan diri pengguna. Kalau mukabuku ini digunakan untuk penyebaran Islam just go on jangan stop. teruskan usaha tu kawan-kawan. yang overnya bila facebook di jadikan tempat untuk mewujudkan pertelingkahan, fitnah, kata mengata, menyebarkan video yang terlarang, bercinta sehingga meruntuhkan rumah tangga orang lain, menipu, membuka aib orang, buang masa jadi tutup facebook itu. bila dah ketagih pada facebook ini ia boleh menyebabkan gangguna minda emosi dan otak. mereka ini boleh menjadi individualistik dimana tidak menghiraukan dunia luar perasaan orang lain, tidakmahu berkomunikasi dengan manusia secara facetoface hanya berkomunikasi dengan facetobook, bersikap dingin, semua aktiviti dilakukan dihadapan komputer seperti makan, tidur, main game, menyebabkan tubuh badan tidak sihat kerana makan tak teratur tidur tak cukup tak bersenam. ia membawa kepada kemudharatan itu yang ingin diperangkap oleh orang yahudi bagi merosakkan umat ISLAM.


:FILEM:


salah satu F yang biasa disebut yang memang sering dibincangkan ia memberi kesan negatif dan ada positif tetapi ianya bergantung kepada apa yang dipaparkan isi-isinya. melalui filem ini salah satu cara yang dibaja unutk hancurkan Islam dengan gabungan fun fashion feminin freesex fit fantasi faith. kesemua F ini dikaitkan antara satu dengan lain supaya ia menjadi ikutan para penonton. LPF adalah satu lembaga penapisan filem yang ditugaskan untuk menapis segala perkara yang boleh menganggu gugat pemikiran masyarkat terutama masyarkat Islam filem yang boleh mempengaruhi masyarakat di block supaya tidak dapat ditayangkan di Malaysia. tetapi kebanyakkan filem Melayu kini masih wujud scene yang bercanggah dengan etika seorang Islam. 


cuba renungkan dan fikirkan....



:FAITH:


ia merujuk kepada akidah iman kepercayaan dan keyakinan. inilah aspek yang menjadi tumpuan serangan oleh pihak yahudi yang sememangnya gembira bertepuk tangan jika umat Islam terpesong daripada akidahnya. serangan ini tanpa disedari menular dalam kehidupan seharian kita sejak Islam dilahirkan. dengan digarap didalam F-F yang dinyatakan tadi. dari pelbagai sudut muamalat, munakahat, jenayat, dan apa saja yang bakal menimbulkan keraguan kepada umat Islam terhadap agama sendiri. kita yang beragama Islam tetap berbaik-baik, bersifat harmoni sesama mereka jika mereka tidak memusuhi kita.


:FREEMASONARY:


Kunci atau tunggak yang menggerakkan F-F yang lain.
Freemason telah diasas sekitar abad 43 masihi oleh dua lelaki yahudi (Aheram Abyob dan Muad Lavi).
tujuan asal menyekat ajaran Nabi Isa AS dan kononnya untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan bangsa yahudi. pertentangan secara langsung dengan Islam pada tahun 1717 apabila secara rasmi pergerakan ini mengadakan seminar di kota London. Dalam seminar tersebut Anderson pada dasarnya seorang ketua gereja Protestent tetapi pada hakikatnya beliau seorang yahudi telah mengatakan bahawa agama Islam adalah musuh utama mereka. Pertubuhan F ini mempunyai prinsip asas iaitu kerahsiaan, anggotanya wajib taat 100% pada yahudi, memuliakan keturunan yahudi sahaja sebagai bangsa paling mulia, menyebarkan segala kemungkaran dan mengagungkan hubungan sex, memusuhi semua agama sehingga dapat menguasai, semua anggota membantu antara satu sama lain dan mengadakan propaganda revolusi.

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Surah Al-Baqarah (2): 120


Maka para karyawan terutamanya dalam pembikinan filem perlulah berhati-hati meniliti isi maklumat filem tersebut sebelum direalisasikan bukan membuat sebuah filem yang hanya tangkap muat saja yang boleh mengelirukan masyarakat dan menyebabkan masyarakat terjebak di dalam F-F yang dinyatakan di atas.


Sunday 1 January 2012

just a simple picture :)


 HAPPY NEW YEAR 

 It's just a pictures but lots of mean:) 

:::KITA LUKAKAN DIA:::


persahabatan

mula-mula kita bertemu tidak seakrab hari ini
dalam perkenalan terlalu banyak kenangan yang tercipta
tidak kira suka duka pahit getir 
segalanya kita redah dan tempuhi bersama
di pengajian kita makan semeja bersama ke kuliah bersama kerja berkumpulan kita bersama tidur sebilik bila kebosanan 
di luar pengajian kita ke kursus atau apa-apa program kita bersama tidur sebilik makan semeja bekerja bersama
jika boleh semuanya mahu bersama-sama
hari ke hari tanpa disedari hidup kita seharian 
segalanya sahabat ada bersama-sama
tetapi tanpa kita sedari ada sahabat kita yang sedang terluka dengan sikap kita disebabkan beberapa kealpaan kita
dia mengalirkan air mata tika dibiarkan berjalan keseorangan sedangkan kita bersuka dan tinggalkannya begitu saja
dia menangis keseorangan didalam bilik tika memikirkan kita
dia bersedih kerana kita hanya mempergunakan dia
dia menahan air mata di luar jendela menahan luka dihati
dia menangis teresak-esak didalam tandas kerana kita 
dia kecewa dengan kita yang tidak memikirkan 
hati dan perasaan sahabat yang lain
dia merasakan lebih baik tidak perlu punya sahabat
 jika sahabat itu seperti kita 
jadi dia melakukan satu perkara untuk menyedarkan kita 
dia melukakan hati kita dengan satu perkara
malangnya kita tetap tidak pedulikan dia 
kita leka dengan dunia kita
kita tidak sedar dia sahabat kita yang sudah jauh dari kita
ketika kita susah dia yang tolong kita
kini dia sudah tawar hati dengan kita 
dia tidak bertegur sapa dengan kitadia kecik hati dengan kita
apa yang perlu kita lakukan
dia marah dengan kita
kita sayang dia
kita tahu kita dah kehilangan dia
dia adalah sahabat kita
sahabat sejati
kita sayang dia sangat-sangat
tapi sayang hanya tinggal sayang
sahabat kita sudah tiada lagi

sayangilah sahabat anda dengan seikhlasnya
jangan pernah terfikir untuk mempergunakan sahabat anda untuk kepentingan diri anda
berkawanlah dengan beribu manusia untuk mencari seorang sahabat yang sejati
dunia dan akhirat

 sekian