Tuesday 27 December 2011

STUDY STUDY STUDY

salam semua sekarang kebanyakkan universiti tengah sibuk STUDY WEEK...so
 :::SALAM STUDY WEEK TO EVERYONE:::
mesti semua orang waktu macam nilaa sibuk cari nota dan sibuk susun jadual untuk hadapai peperiksaan nextweek...wow busy yerr....

hanya nak ucapkan goodluck dan semoga berjaya bagi kawan-kawan yang akan menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi nanti...moga memperoleh kejayaan bersama-bersama dan keberkatan ilmu tuu,,,insyaallah...

study jangan sesekali tidur takut lain jadinyeee!!!

cuba aim yang tebaik supaya dapat result yang CHOMEI CHOMEI...

lastly, moga ALlah membantu kita dengan kejayaan DUNIA nie...tapi dalam pada masa yang sama jangan lupa banyakkan amal ibadah kepada-NYA ^____^

::::bye bye assalamualaikum::::

Monday 26 December 2011

:::FILEM KITA WAJAH KITA?ADAKAH FILEM HANTU WAJAH KITA? :::


Pandangan daripada pensyarah di Jabatan Pengajian Islam Dakwah dan Kepimpinan Universiti KEbangsaan Malaysia UKM. Nama beliau Rosmawati Mohamad Rasit...
seorang pensyarah yang banyak melakukan kajian berkaitan filem-filem. honestly, sangat kagum bila mendengar lontaran pendapat dan pandangan berkaitan filem daripada beliau. walaupun berbadan kecil tetapi pendapat beliau in easy word  is "WOW".... kalau tak percaya try dengar dalam pada masa yang sama video-video beliau telah menjadi rujukan sesetengah pelajar MEDIA fssk di UKM untuk membuat kajian berkaitan filem...ini baru sikit nanti ada masa lagi tqa akan upload video beliau mengomel berkaitan FILEM di Malaysia ini...

>>>>JOM DENGAR<<<<

Wednesday 21 December 2011

Senarai 65 Universiti Terbaik Di Malaysia 2011


email
Senarai universiti terbaik di Malaysia untuk tahun 2011 telah dikeluarkan untuk menjadi rujukan kepada adik-adik yang baru habis SPM.
Related Posts with Thumbnails

email
Universiti ialah sejenis institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan universiti dipinjam daripada bahasa Inggeris (University) yang turut dipetik daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud “masyarakat pakar dan pengkaji”. Di Malaysia, terdapat banyak universiti yang hebat.


Berikut merupakan senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia (Rank dunia: 629)
  2. Universiti Teknologi Malaysia (Rank dunia: 694)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Rank dunia: 731)
  4. Universiti Putra Malaysia (Rank dunia: 771)
  5. University of Malaya (Rank dunia: 788)
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University

Note: Senarai ranking itu dibuat berdasarkan Size, Visibility, Research papers and scholars.
P/S: Tuntutlah ilmu sampai ke nagara China. Proses pembelajaran terhenti hanya apabila kita melangkah ke alam kubur kelak. Ilmu amat penting untuk kita berjaya di dunia dan di akhirat. Adakah ilmu yang selama ini kita pelajari bermanfaat di dunia akhirat kelak? Jom kita muhasabah diri kita, semoga kita mendapat jawapannya. Wallahualam.


By Huzaifah Al-Selangori
On November 22, 2011 At 4:15 pm 

:::K&K APE TU???:::

:::KERJA & KAHWIN:::KAHWIN & KERJA:::


Kerja atau kahwin? erm satu persoalan yg mungkin bagi segelintir kelompok di mana mereka yg sudah berumur atau baru habis belajar atau dalam awang2ngan utk decide sama ada nak kerja dulu atau kahwin dulu? ahha....kerja tu sangat penting utk support kehidupan harian kita time kita bujang or single lagi. tapi  time dah kahwin nnt lagi memerlukan perbelanjaan yang besar for support family. kat situ mesti kita faktakan "kerja is more important than kahwin", sebab kalo xde kerja mcm mana nak bg anak bini makan right? 

bagi tqa kerja perlu bagus, gaji harus masyuk, berada di jawatan yg tinggi idaman diri nie mungkin korang2 yang tengah baca pon mesti nak jadi CEO atau berada di zone yg selesa atau jawatan yg di idam2kan. dengan adanya kerjaya yg mantop dan hebat ia dapat menunjukkan kejayaan dan kebolehan seseorang tu uruskan kehidupan mereka. zaman serba moden kini tak cukup jika gaji kita 400-500 ringgit malaysia saja...tak cukup derr... apetah lagi bagi mereka2 yg hidup di kawasan bandar seperti KL...pergh memang tak cukop laa...semua benda nak kena guna duit...its all about MONEY>

Kehidupan zaman dahulu sangat berbeza dengan kini...dulu lampu guna pelita jer sekarang elektrik TNB kena bayor. air dulu guna perigi jer sekaranag air SYABAS...
erm "money is not everything but everything need money"
cuba bayangkan kta tak da duit macam mana la kan? itu la sebab zaman sekarang orang sibuk pagi2 lagi berlari2 dan  berlumba2 merebut jawatan tinggi untul mencari rezeki bagi menjamin masa depan nnt supaya lebih stabil dan harmoni...tak da laa bila dah tua nnt susah lagi hidup.

Tapi an an an tengah dok sibuk kumpul duit nie taksub akn jawatan yg tinggi nie dia leka dan lalai untuk mencari teman hidup...haa  watpaa harta banyak2 tapi makan sorang2 baik share2 baru la dpt berkat :) tula takut nnt peratus andartu / bujang telajak meningkat disebabkan dunia kini senantiasa bergerak terus kehadapan maju maju dan maju yg mereka sibuk kerja tak de time nak cari teman hidup. 

mereka2 nie sebenarnya nak kukuhkan kewangan, fokus pada kerjaya dan ingin kecapi kejayaan tu sebelum berkahwin sebab bila dah ada semua tu mesti laa terjamin kehidupan yg bakal dibina nanti. jika mereka bercinta atau berumah tangga sebelum mengecapi apa yg diidamkan mungkin akan mengganggu proses dan fokus mereka dalam mencapai kejayaan dalam kerjaya. ketika sibuk mencari kejayaan dlm kerjaya dlm diri mereka CINTA atau KAHWIN ini perkara yg kedua yang penting kumpul HARTA dulu...

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. 
(Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

alaa harta yg dikumpul bukan boleh bawak kat memana pon....simpan banyak2 mati nanti tak boleh bawak ke kubur... berbeza dengan perkahwinan ia merupakan perkara yg disukai dan diredhai ALLAH s.w.t.dan RASULULLAH s.a.w besar pahalanya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. 
(Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

kesimpulannya

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mampu (mempunyai kelebihan) untuk berkahwin, tetapi dia tidak berkahwin, maka bukanlah dia dari golonganku".

:::renung-renungkan:::

;;; EKSPLOITASI WANITA ;;;


Isu eksploitasi wanita bukan satu isu yang baru, ia sudah lama dibincangkan dan diketahui oleh pelbagai pihak. Mungkin ada juga sesetengah pihak yang tidak mengenali isu ini sebagai “eksploitasi wanita” tetapi mengenalinya sebagai penyalahgunaan wanita. Isu eksploitasi wanita kini seperti tidak dihiraukan serta dibiar berleluasa oleh pelbagai pihak, terutama pihak media penyiaran. Media merupakan satu model yang dapat mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup masyarakat masa kini tidak mengira usia, pangkat ,rupa paras, darjat dan sebagainya. Maka disini perlulah pihak media ini menggunakan pengaruh yang ada kepada perkara yang membawa kepada gaya hidup yang sihat dan positif. Lantas daripada situ, tidaklah masyarakat menglabelkan bahawa media ini sebagai perosak pemikiran.


Wujudnya bidang penyiaran ini maka terbinalah agensi, syarikat, produksi yang mempunyai hubungkait dengan penyiaran dan sudah pasti mereka memerlukan “wanita” sebagai daya penarik untuk melariskan, mempromosikan dan mengiklankan produk barangan mereka. Wanita yang berbadan langsing, mempunyai lenggok badan yang menarik, bersuara merdu, cantik, anggun, seksi dan gaya yang mempersonakan akan diberi keutamaan dalam dunia penyiaran kini. Kenapa itu yang perlu ditonjolkan?cuba try fikir....

Media elektronik merupakan satu alat yang memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia penyiaran ini. Dengan wujudnya televisyen, radio, majalah, surat akhbar, papan iklan, computer dan lain-lain membuatkan wanita kini terus dieksploitasi dengan rakusnya tanpa disedari. Penggunaan media elektronik pada hari ini sangat memberi impak dan kesan kepada masyarakat hari ini. Baik dari segi emosi, sikap, cara hidup dan pemikiran masyarakat. Sama ada memberi kesan yang positif atau negatif itu yang perlu kita nilai dan fikirkan bila meniliti sesuatu tayangan. 

pernah tonton filem ini...di dalam sedutan filem ini terdapat unsur2 eksploitasi wanita
ttp menggunakan percakapan...ada juga adegan berkemban yg dilakonkn oleh pelakon wanita diatas
Malangnya tanpa disedari ramai wanita Islam kini yang sibuk dalam dunia penyiaran kini mereka ini seolah-olah mengetepikan syariat Islam dengan mengagongkan cara hidup Barat.ada yg berpakaian tidak menepati syariat Islam sedangkan diri mereka beragama ISLAM.kemana pergi nilai diri atau nilai kesedaran kpd diri meraka ini? Kenapa ia boleh berlaku tanpa ada rasa serba salah? Kenapa wanita membiarkan diri mereka dieksploitasi sebegitu rupa? dan mungkinkah dgn penggunaan wanita secara berleluasa dalam bidang penyiaran kini menyebabkan rosaknya akhlak remaja Islam kini dan impaknya gejala keruntuhan akhlak semakin meningkat seperti masalah sosial 5S (sport sex sing smoke screen). 

JANGAN JANGAN Jangan kita biarkan ia terus menerus menjadi bahan utk mendapat keuntungan mereka wahai wanita tetapi peliharalah diri ini dengan sebaik2nya. jangan biarkan maruah diri wanita terus dieksploitasi tanpa batasan..

IF YOU LEARN YOU WILL NOT FORGET 
INSYAALLAH :)

Monday 19 December 2011

::: bukan DOA kamu yang tak diterima sebenarnya :::

Mungkin doa orang yang lebih baik dan lebih bersih hatinya lebih suci jiwanya diterima dan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t. menyebabkan beliau menerima kelebihan dan rahmat tersendiri daripada-NYA. Namun, jangan sesekali kita takbur dan bongkak dan bangga dengan apa yang diperolehi....jangan sesekali menyatakan bahawa doa kitalah yang termakbul dan diterima....jangan tinggi dan sombong diri....pulangkan semuanya kepada ALLAH....doa itu sebahagian daripada usaha sahaja.....dan jgn sesekali segan untuk meminta pada orang lain supaya mendoakan kita.

::: renung2kan dan selamat membaca :::




Sunday 18 December 2011

adakah generasi baru ini bakal mengubah masa hadapan kita!

Program realiti ADIK-ADIKKU sebuah program realiti yg melibatkan kanak-kanak yg berumur dari 7-12thn...mereka ni sangat mendapat perhatian hangat pada masa ini dan hebat dengan memperolehi banyak komen-komen positif drpd para penonton sama ada melalui media cetak atau elektronik....malahan program ini juga tercalon sebagai TOP 5 program realiti di dalam majlis anugerah SKRIN baru2 ini....

Pada tahun ini iaitu tahun 2011 program adik-adikku ini berada di MUSIM ke -3 yg melibatkan 13 peserta yang mantop2 yg dipilih  daripada seluruh negeri di Malaysia tak dilupakan juga ada seorang perserta yg berasal drpd BRUNEI...gerak kerja program ini telah bergerak sejak mei 2011 lagi dan telah dijalankan hingga kini...kini program ini berada di kemuncaknya dimana sudah sampai di pertandingan semi-final sedihnya keputusan untuk peserta yang layak ke final tidak diumumkan tahun ini tetapi akan diumumkan pada tahun hadapan...final program realiti ini akan diadakan  pada 17 MARCH 2012 di PICC, putrajaya jangan lepaskan peluang untuk mengahadiri dan melihat bakat adik2 ini.

:::ketika detik penyingkiran :::peserta2 SEMIFINAL adik2ku musim ke-3:::
dah cerita sedikit berkaitan adik2ku ni....sebab apa tqa tulis tentang adik2ku ni...sbb adik2ku pada musim ke-3 nie tqa terlibat scr tidak langsung disebabkan menjalan satu kewajipan sebagai student di UKM utk latihan amali industri LAI (praktikal) di JAKIM...tqa praktikal di bahagian media JAKIM dan disbbkan itu terlibat dgn program realiti ini scr tidak langsung...sebelum mengenali adik2 musim ke-3 ni team adik2ku melakukan ujibakat di seluruh negeri...wah untunglaa tqa sebab everyweek dapat pegi outstation...tp disamping kluar tu ada kerja yg perlu dilakukan iaitu mencari daie2 muda yg berbakat dan berjiwa besar....dalam banyak2 negeri yg tqa pergi paling banyak peserta adalah di kuantan pahang...perghh penuh satu auditorium dengan adik-adik yg mempunyai pelbagai bakat dan kelebihan.... ujibakat bukan hanya mementingkan pidato tarannum azan dan nasyid ada peserta yang bijak mencuri hati pengadil dgn berzanji marhaban dan mcm2 lagi....gambar kat ats tu antara mereka yg terpilih drpd ujibakat pada bulan mei-julai 2011 haritue....

haaa generasi ini lah yg bakal menjadi role model dan pendidik (DAIE) idol kepada adik2, kawan2, anak2...dan mungkin org dewasa juga pada hari ini menjadikan mereka tempat rujukan, disebabkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi oleh adik2 ni....setiap drpd mereka ni mempunyai murabbi yang tersendiri murabbi mereka ini bukan drpd org2 biasa ttp murabbi mereka mempunyai kehebatan dan background yg sangat baik untuk menjadi rujukan dan boleh menjd rolemodel kpd kita juga.... 

tilawah al-Quran antarabangsa
Program ini tidak hanya menerapkan unsur hiburan semata-mata ttp program ini berjaya mencungkil bakat karisma kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di atas pentas Adik-adikku. mereka dipilih dan perlu melibatkan diri selama sebulan tanpa menemui ahli keluarga di ILIM untuk proses pembelajaran bersama murabbi mereka....setiap minggu mereka akan diberi tugasan dan tema pidato utk mempersembahkan kepada para penonton. disitu sekali gus dapat memantapkan keyakinan adik2 ini. malahan setiap hari mereka akan diselitkan dengan perlbagai aktiviti dan latihan supaya menjadi adik-adik yang sihat dan cergas baik dari segi mental dan fizikal rohani dan jasmani. aktiviti yg dijalankan seperti memanah menunggang kuda berenang belajar tarannum nasyid pidato dan bermcm2 lagi juga mereka mempunyai lawatan ke tempat2 seperti masjid2 parlimen malaysia darul quran dan mcm lagi.
mereka inilah generasi muda yg bakal dan layak dijadikan idola untuk kanak-kanak hari ini...daripada aktiviti yg dijalankan menunjukkan bahawa adik2 ini diberi pembelajaran yg baik dan dapat mengisi waktu kekosongan di cuti sekolah dengan melibatkan diri dgn latihan utk memperbaikki dan memantapkan diri supaya menjadi generasi yg hebat dimasa hadapan....


program sehari bersama jemaah
Berdasarkan apa yg tqa dapat lihat peserta2 ini bukan hanya hanya hebat di dalam program ini malahan di dalam akademi dan kok0 di sekolah juga tidak kurang hebatnya....adik2 musim pertama dan kedua ada yang menjadi tokoh murid ketua pelajar pengawas sekolah wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan dan wakil negeri utk pelbagai pertandingan seperti debat bercerita hafazan tilawah dan mcm2 lagi...dan tidak kurang hebatnya mereka ini didalam akademi upsr cnth nya mereka2 ini memperolehi 3-5A walaupun setiap minggu sibuk melakukan shooting drama dan persembahan di kuala lumpur atau dimana2 shj....dibawah ini aktiviti yg melibatkan adik2 ini walaupun sibuk tp pelajaran tetap diberi keutamaan...

adik ZAID 
gambar disebelah kanan nie adalah adik ZAID finalis adik2ku musim ke-2....beliau merupakan seorang yg sgt berbakat dalam brbagai aspek...dgn mempunyai kelebihan pada suara dan rupa zaid dapat baca al-Quran tarannum nasyid dan berpidato dengan hebat sekali...dengan adanya sifat merendah diri pada diri adik ni menyebabkan beliau disenangi oleh rakan2....tidak kurang hebat juga adik WAJIH ZAKWAN yang petah berpidato wajih adalah peserta musim pertama dan merupakan juara pada musim tesebut. wajih mempunyai sikap ramah mesra yg dpt mewujudkan aura sehingga bila ketiaadaan wajih boleh menyebabkan suasana menjadi sunyi kerana adik wajih sangat hyper dan periang....wajih juga mempunyai gaya dan rupa tersendiri apabila menjadi MC atau pengacara, beliau mempunyai kelebihan utk menguasai khalayak. penguasaan dalam menguasai khalayak adalah satu ciri yg perlu ada utk menjadi pemimpin yg hebat tambahan pula adik wajih juga mempunyai beberapa lagu sendiri yg sangat menarik. 

tudung hijau lumut
ADIK MARINA
ALIA sebagai pengacara
 program adik2ku musim ke 3
antara peserta lelaki
adik2ku musim 1&2
zaid dan jannati
KISAH ADIK2KU ramadhan

Adik MARINA peserta musim ke2 yg mempunyai bakat pada suara juga selalu menjadi pengacara program dan menjadi DJ radio kelantan fm pada hari minggu. disebabkan marina sekolah pada hari biasa.adik marina sangat mempunyai sifat lemah lembut dan sgt menghormati org yg lebih tua drpdnya. 

adik ALIA SAFRI peserta musim ke2 adik ini sdg meningkat popular banyak program ingin mengambil beliau sebagai model pakaian dan tudung disebabkan beliau mempunyaimuka komersial...alia ini mempunyai iras seperti pelakon popular ERRA FAZIRA. disamping sibuk menjalani tugasan sebagai artis kanak2 adik alia tidak leka dan alpa beliau tetap menumpukan kerja sekolah dan melakukan latih tubi ketika ada masa lapang sewaktu melakukan shooting. adik JANNATI muda lagi adik ni tapi sangat comel dan petah berbicara adik ini mempunyai bakat dalam bercerita dan sering memegang watak sebagai adik didalam KISAH ADIK2KU RAMDHAN....adik QAYYUM seorang peserta yg kurang penglihatannya tetapi mempunyai suara yang lunak sangat diminati ramai orang kerana kelebihan bermain alat muzik sambil menyanyi walaupun mempunyai kekurangn hebat adik QAYYUM ni. kiranya disini adik2 nie memang ada aura dan keistimewaan tersendiri dan boleh menjadi idola kepada genarasi kini dan akan menjadi contoh utk generasi akan datang.dan mungkin mereka ini bakal membawa perubahan pada negara menjadi sebuah negara Islam yg lebih baik....insyaallah....

info tambahan:

Friday 9 December 2011

::: GELAK GELAK GAK SUKA AGAK AGAKLAA :::

Maharaja lawak MEGA: RAJA LAWAK: SPONTAN: OHYEH : 

siapa yg tak kenal program kat atas tuuu, sapa yg tak kenal JOZAN "slumber je ko baby baby kan aku", JAMBU "ape pon tak boleh ", AMIR "i`m sorry" err...NABIL "maap maap maap". afdlin shauki "BO BOi" dan macam2 lagi...kreatif diorang nie...sangat kreatif idea inovatif invovasi...mcm afdlin shauki perghhh sempat berbiz bila masuk reality show nie....sgt berkaliber......wow perghhhhh....I LIKE.....

apa yang ada dengan rancangan kat atas tuuu? hehehe best kan show tu...best dapat gelak gelak sampai hentak kaki sampai ada yang menangis "meleleh ayor mata", ada tu gelak sampai tumbuk2 dada, anak tekak die sampai goyang2...ada tu bergegor gegor badan nya heheehee... ada yang gelak mengilai2 dan mcm2 gaya n kuak lentang di zahirkan ketika asyik menonton rancangan kat atas tuuuuuu....ada sesetengah tu wow ADVANCE siap download kat utube "biase laa sumenye ada dihujung jari tinggal nak CLICK or tak nak"....sape ade video tu leh share2 yerr sbb tqa dh lama xtengok sbb xberkesempatan nak tgk....nnt org kate tetinggalan zaman sbb xtaw perkembngn dunia komedi n so on....hehehe tp an org kate gitu :ade ke aku kesah???: xbikin malu pun...hehehee

try cuba tengok gambor kat bawah nie....time malam final maharaja lawak....perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ramai orang turun bg support...lom tengok tangan depa kanan dan kiri...wow henfon die MAHAL laaa......


memang seronok kita tonton crita2 tuu...tapi annnnnn  hati hati dalam gelak gelak tuu suka suka tu perlu laa beragak agak...ada batasnyaa....cube try baca dan dalami kotkot laaa 

Abul Laits berkata: “Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya iaitu:
Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal
Memberanikan orang bodoh kepadanya
Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
Melupakan dosa-dosa yang lampau
Memberanikan berbuat dosa dimasa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu
Melupakan mati dan akhirat
Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu
Tertwa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis diakhirat


” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

erm erm erm tu diaa sikit nasihat dan peringatan utk diri ini yg tak la seberapa hebat mana pon dan tak sesempurna mereka yg lain....tapi tak perrr asal boleh kita pasti boleh....ape yg boleh KITA LA BOLEH....erm merepek....

::: IF YOU LEARN YOU WILL NEVER FORGET :::
renung2kan dan selamat membaca

Friday 2 December 2011

:::RAHSIA DISEBALIK CIPTAAN BUAH & SAYUR :::


Bentuk sayuran dan buah2 buahan berkait rapat dengan organ tubuh manusia
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana telah mengaturkan setiap kejadian ada sebab-sebab dan kaitannya. Lautan telah dipisahkan dr daratan, memberikan air bersih, dan daratan untuk bercucuk tanam. Allah juga telah mencipta binatang-binatang di darat dan ikan sebagai sumber makanan kepda manusia. Segala ciptaanNya telah tersedia sebelum kita dilahirkan lagi.
Berikut ialah ciptaan Allah yang sangat baik untuk kesihatan dan sebaik-baiknya dimakan mentah. Bentuk2 buah dan sayuran berikut tersembunyi klue tentang kegunaan setiap satunya untuk setiap bahagian dalam tubuh manusia. Kita saja yang sebenarnya masih kurang bijak dan Alhamdulillah, semakin belajar tentang khasiat2nya...
Bentuk sepotong lobak kelihatan seperti bentuk mata manusia. Pupil, iris dan garis2 nya betul2 menyerupai mata. Dan tahukah anda, sains juga telah membuktikan lobak dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki penglihatan.
Tomato pula mempunyai 4 segmen dan berwarna merah, sepertimana jantung manusia mengandungi ‘4 chambers’dan juga berwarna merah. Kajian menunjukkan tomato kaya dengan lycopine dan merupakan makanan darah dan jantung.
Anggur tergantung dalam bentuk kluster dan berbentuk seakan2 jantung. Setiap sebiji anggur pula dianggapkan sel darah dan kajian telah membuktikan anggur adalah makanan yang penting untuk menguatkan darah dan jantung.
Walnut berbentuk seakan otak manusia, dengan hemisfera kanan dan kiri, sereberum dan sereblum. Garis2 dan belahan tgh kacang tersebut juga seakan2 neo-cortex. Tahukah anda, walnut dapat membantu menambahkan lebih daripada 3 dozen ‘neuron-transmitters’ kepada fungsi otak anda.
Kacang merah sebenarnya membantu menyembuhkan dan me’maintain’kan fungsibuah pinggang.
Rujukan:
http://promote5.blogspirit.com

:::6 PERKARA perlu dipersibukkan :::




-MASIH PANJANG PERJALANAN KITA-
1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk  menyempurnakan sebaik-baik amal.
2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.
3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.
4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.
5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.
6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.