mula-mula kita bertemu tidak seakrab hari ini
dalam perkenalan terlalu banyak kenangan yang tercipta
tidak kira suka duka pahit getir
segalanya kita redah dan tempuhi bersama
di pengajian kita makan semeja bersama ke kuliah bersama kerja berkumpulan kita bersama tidur sebilik bila kebosanan
di luar pengajian kita ke kursus atau apa-apa program kita bersama tidur sebilik makan semeja bekerja bersama
jika boleh semuanya mahu bersama-sama
hari ke hari tanpa disedari hidup kita seharian
segalanya sahabat ada bersama-sama
tetapi tanpa kita sedari ada sahabat kita yang sedang terluka dengan sikap kita disebabkan beberapa kealpaan kita
dia mengalirkan air mata tika dibiarkan berjalan keseorangan sedangkan kita bersuka dan tinggalkannya begitu saja
dia menangis keseorangan didalam bilik tika memikirkan kita
dia bersedih kerana kita hanya mempergunakan dia
dia menahan air mata di luar jendela menahan luka dihati
dia menangis teresak-esak didalam tandas kerana kita
dia kecewa dengan kita yang tidak memikirkan
hati dan perasaan sahabat yang lain
dia merasakan lebih baik tidak perlu punya sahabat
jika sahabat itu seperti kita
jadi dia melakukan satu perkara untuk menyedarkan kita
dia melukakan hati kita dengan satu perkara
malangnya kita tetap tidak pedulikan dia
kita leka dengan dunia kita
kita tidak sedar dia sahabat kita yang sudah jauh dari kita
ketika kita susah dia yang tolong kita
kini dia sudah tawar hati dengan kita
dia tidak bertegur sapa dengan kitadia kecik hati dengan kita
apa yang perlu kita lakukan
dia marah dengan kita
kita sayang dia
kita tahu kita dah kehilangan dia
dia adalah sahabat kita
sahabat sejati
kita sayang dia sangat-sangat
tapi sayang hanya tinggal sayang
sahabat kita sudah tiada lagi
sayangilah sahabat anda dengan seikhlasnya
jangan pernah terfikir untuk mempergunakan sahabat anda untuk kepentingan diri anda
berkawanlah dengan beribu manusia untuk mencari seorang sahabat yang sejati
dunia dan akhirat
sekian
No comments:
Post a Comment