Wednesday, 21 December 2011

:::K&K APE TU???:::

:::KERJA & KAHWIN:::KAHWIN & KERJA:::


Kerja atau kahwin? erm satu persoalan yg mungkin bagi segelintir kelompok di mana mereka yg sudah berumur atau baru habis belajar atau dalam awang2ngan utk decide sama ada nak kerja dulu atau kahwin dulu? ahha....kerja tu sangat penting utk support kehidupan harian kita time kita bujang or single lagi. tapi  time dah kahwin nnt lagi memerlukan perbelanjaan yang besar for support family. kat situ mesti kita faktakan "kerja is more important than kahwin", sebab kalo xde kerja mcm mana nak bg anak bini makan right? 

bagi tqa kerja perlu bagus, gaji harus masyuk, berada di jawatan yg tinggi idaman diri nie mungkin korang2 yang tengah baca pon mesti nak jadi CEO atau berada di zone yg selesa atau jawatan yg di idam2kan. dengan adanya kerjaya yg mantop dan hebat ia dapat menunjukkan kejayaan dan kebolehan seseorang tu uruskan kehidupan mereka. zaman serba moden kini tak cukup jika gaji kita 400-500 ringgit malaysia saja...tak cukup derr... apetah lagi bagi mereka2 yg hidup di kawasan bandar seperti KL...pergh memang tak cukop laa...semua benda nak kena guna duit...its all about MONEY>

Kehidupan zaman dahulu sangat berbeza dengan kini...dulu lampu guna pelita jer sekarang elektrik TNB kena bayor. air dulu guna perigi jer sekaranag air SYABAS...
erm "money is not everything but everything need money"
cuba bayangkan kta tak da duit macam mana la kan? itu la sebab zaman sekarang orang sibuk pagi2 lagi berlari2 dan  berlumba2 merebut jawatan tinggi untul mencari rezeki bagi menjamin masa depan nnt supaya lebih stabil dan harmoni...tak da laa bila dah tua nnt susah lagi hidup.

Tapi an an an tengah dok sibuk kumpul duit nie taksub akn jawatan yg tinggi nie dia leka dan lalai untuk mencari teman hidup...haa  watpaa harta banyak2 tapi makan sorang2 baik share2 baru la dpt berkat :) tula takut nnt peratus andartu / bujang telajak meningkat disebabkan dunia kini senantiasa bergerak terus kehadapan maju maju dan maju yg mereka sibuk kerja tak de time nak cari teman hidup. 

mereka2 nie sebenarnya nak kukuhkan kewangan, fokus pada kerjaya dan ingin kecapi kejayaan tu sebelum berkahwin sebab bila dah ada semua tu mesti laa terjamin kehidupan yg bakal dibina nanti. jika mereka bercinta atau berumah tangga sebelum mengecapi apa yg diidamkan mungkin akan mengganggu proses dan fokus mereka dalam mencapai kejayaan dalam kerjaya. ketika sibuk mencari kejayaan dlm kerjaya dlm diri mereka CINTA atau KAHWIN ini perkara yg kedua yang penting kumpul HARTA dulu...

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. 
(Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

alaa harta yg dikumpul bukan boleh bawak kat memana pon....simpan banyak2 mati nanti tak boleh bawak ke kubur... berbeza dengan perkahwinan ia merupakan perkara yg disukai dan diredhai ALLAH s.w.t.dan RASULULLAH s.a.w besar pahalanya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. 
(Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

kesimpulannya

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mampu (mempunyai kelebihan) untuk berkahwin, tetapi dia tidak berkahwin, maka bukanlah dia dari golonganku".

:::renung-renungkan:::