Sunday, 18 December 2011

adakah generasi baru ini bakal mengubah masa hadapan kita!

Program realiti ADIK-ADIKKU sebuah program realiti yg melibatkan kanak-kanak yg berumur dari 7-12thn...mereka ni sangat mendapat perhatian hangat pada masa ini dan hebat dengan memperolehi banyak komen-komen positif drpd para penonton sama ada melalui media cetak atau elektronik....malahan program ini juga tercalon sebagai TOP 5 program realiti di dalam majlis anugerah SKRIN baru2 ini....

Pada tahun ini iaitu tahun 2011 program adik-adikku ini berada di MUSIM ke -3 yg melibatkan 13 peserta yang mantop2 yg dipilih  daripada seluruh negeri di Malaysia tak dilupakan juga ada seorang perserta yg berasal drpd BRUNEI...gerak kerja program ini telah bergerak sejak mei 2011 lagi dan telah dijalankan hingga kini...kini program ini berada di kemuncaknya dimana sudah sampai di pertandingan semi-final sedihnya keputusan untuk peserta yang layak ke final tidak diumumkan tahun ini tetapi akan diumumkan pada tahun hadapan...final program realiti ini akan diadakan  pada 17 MARCH 2012 di PICC, putrajaya jangan lepaskan peluang untuk mengahadiri dan melihat bakat adik2 ini.

:::ketika detik penyingkiran :::peserta2 SEMIFINAL adik2ku musim ke-3:::
dah cerita sedikit berkaitan adik2ku ni....sebab apa tqa tulis tentang adik2ku ni...sbb adik2ku pada musim ke-3 nie tqa terlibat scr tidak langsung disebabkan menjalan satu kewajipan sebagai student di UKM utk latihan amali industri LAI (praktikal) di JAKIM...tqa praktikal di bahagian media JAKIM dan disbbkan itu terlibat dgn program realiti ini scr tidak langsung...sebelum mengenali adik2 musim ke-3 ni team adik2ku melakukan ujibakat di seluruh negeri...wah untunglaa tqa sebab everyweek dapat pegi outstation...tp disamping kluar tu ada kerja yg perlu dilakukan iaitu mencari daie2 muda yg berbakat dan berjiwa besar....dalam banyak2 negeri yg tqa pergi paling banyak peserta adalah di kuantan pahang...perghh penuh satu auditorium dengan adik-adik yg mempunyai pelbagai bakat dan kelebihan.... ujibakat bukan hanya mementingkan pidato tarannum azan dan nasyid ada peserta yang bijak mencuri hati pengadil dgn berzanji marhaban dan mcm2 lagi....gambar kat ats tu antara mereka yg terpilih drpd ujibakat pada bulan mei-julai 2011 haritue....

haaa generasi ini lah yg bakal menjadi role model dan pendidik (DAIE) idol kepada adik2, kawan2, anak2...dan mungkin org dewasa juga pada hari ini menjadikan mereka tempat rujukan, disebabkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi oleh adik2 ni....setiap drpd mereka ni mempunyai murabbi yang tersendiri murabbi mereka ini bukan drpd org2 biasa ttp murabbi mereka mempunyai kehebatan dan background yg sangat baik untuk menjadi rujukan dan boleh menjd rolemodel kpd kita juga.... 

tilawah al-Quran antarabangsa
Program ini tidak hanya menerapkan unsur hiburan semata-mata ttp program ini berjaya mencungkil bakat karisma kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di atas pentas Adik-adikku. mereka dipilih dan perlu melibatkan diri selama sebulan tanpa menemui ahli keluarga di ILIM untuk proses pembelajaran bersama murabbi mereka....setiap minggu mereka akan diberi tugasan dan tema pidato utk mempersembahkan kepada para penonton. disitu sekali gus dapat memantapkan keyakinan adik2 ini. malahan setiap hari mereka akan diselitkan dengan perlbagai aktiviti dan latihan supaya menjadi adik-adik yang sihat dan cergas baik dari segi mental dan fizikal rohani dan jasmani. aktiviti yg dijalankan seperti memanah menunggang kuda berenang belajar tarannum nasyid pidato dan bermcm2 lagi juga mereka mempunyai lawatan ke tempat2 seperti masjid2 parlimen malaysia darul quran dan mcm lagi.
mereka inilah generasi muda yg bakal dan layak dijadikan idola untuk kanak-kanak hari ini...daripada aktiviti yg dijalankan menunjukkan bahawa adik2 ini diberi pembelajaran yg baik dan dapat mengisi waktu kekosongan di cuti sekolah dengan melibatkan diri dgn latihan utk memperbaikki dan memantapkan diri supaya menjadi generasi yg hebat dimasa hadapan....


program sehari bersama jemaah
Berdasarkan apa yg tqa dapat lihat peserta2 ini bukan hanya hanya hebat di dalam program ini malahan di dalam akademi dan kok0 di sekolah juga tidak kurang hebatnya....adik2 musim pertama dan kedua ada yang menjadi tokoh murid ketua pelajar pengawas sekolah wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan dan wakil negeri utk pelbagai pertandingan seperti debat bercerita hafazan tilawah dan mcm2 lagi...dan tidak kurang hebatnya mereka ini didalam akademi upsr cnth nya mereka2 ini memperolehi 3-5A walaupun setiap minggu sibuk melakukan shooting drama dan persembahan di kuala lumpur atau dimana2 shj....dibawah ini aktiviti yg melibatkan adik2 ini walaupun sibuk tp pelajaran tetap diberi keutamaan...

adik ZAID 
gambar disebelah kanan nie adalah adik ZAID finalis adik2ku musim ke-2....beliau merupakan seorang yg sgt berbakat dalam brbagai aspek...dgn mempunyai kelebihan pada suara dan rupa zaid dapat baca al-Quran tarannum nasyid dan berpidato dengan hebat sekali...dengan adanya sifat merendah diri pada diri adik ni menyebabkan beliau disenangi oleh rakan2....tidak kurang hebat juga adik WAJIH ZAKWAN yang petah berpidato wajih adalah peserta musim pertama dan merupakan juara pada musim tesebut. wajih mempunyai sikap ramah mesra yg dpt mewujudkan aura sehingga bila ketiaadaan wajih boleh menyebabkan suasana menjadi sunyi kerana adik wajih sangat hyper dan periang....wajih juga mempunyai gaya dan rupa tersendiri apabila menjadi MC atau pengacara, beliau mempunyai kelebihan utk menguasai khalayak. penguasaan dalam menguasai khalayak adalah satu ciri yg perlu ada utk menjadi pemimpin yg hebat tambahan pula adik wajih juga mempunyai beberapa lagu sendiri yg sangat menarik. 

tudung hijau lumut
ADIK MARINA
ALIA sebagai pengacara
 program adik2ku musim ke 3
antara peserta lelaki
adik2ku musim 1&2
zaid dan jannati
KISAH ADIK2KU ramadhan

Adik MARINA peserta musim ke2 yg mempunyai bakat pada suara juga selalu menjadi pengacara program dan menjadi DJ radio kelantan fm pada hari minggu. disebabkan marina sekolah pada hari biasa.adik marina sangat mempunyai sifat lemah lembut dan sgt menghormati org yg lebih tua drpdnya. 

adik ALIA SAFRI peserta musim ke2 adik ini sdg meningkat popular banyak program ingin mengambil beliau sebagai model pakaian dan tudung disebabkan beliau mempunyaimuka komersial...alia ini mempunyai iras seperti pelakon popular ERRA FAZIRA. disamping sibuk menjalani tugasan sebagai artis kanak2 adik alia tidak leka dan alpa beliau tetap menumpukan kerja sekolah dan melakukan latih tubi ketika ada masa lapang sewaktu melakukan shooting. adik JANNATI muda lagi adik ni tapi sangat comel dan petah berbicara adik ini mempunyai bakat dalam bercerita dan sering memegang watak sebagai adik didalam KISAH ADIK2KU RAMDHAN....adik QAYYUM seorang peserta yg kurang penglihatannya tetapi mempunyai suara yang lunak sangat diminati ramai orang kerana kelebihan bermain alat muzik sambil menyanyi walaupun mempunyai kekurangn hebat adik QAYYUM ni. kiranya disini adik2 nie memang ada aura dan keistimewaan tersendiri dan boleh menjadi idola kepada genarasi kini dan akan menjadi contoh utk generasi akan datang.dan mungkin mereka ini bakal membawa perubahan pada negara menjadi sebuah negara Islam yg lebih baik....insyaallah....

info tambahan: