Isu eksploitasi wanita bukan satu isu yang baru, ia sudah lama
dibincangkan dan diketahui oleh pelbagai pihak. Mungkin ada juga sesetengah
pihak yang tidak mengenali isu ini sebagai “eksploitasi wanita” tetapi
mengenalinya sebagai penyalahgunaan wanita. Isu eksploitasi wanita kini seperti tidak dihiraukan serta
dibiar berleluasa oleh pelbagai pihak, terutama pihak media penyiaran. Media
merupakan satu model yang dapat mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup
masyarakat masa kini tidak mengira usia, pangkat ,rupa paras, darjat dan
sebagainya. Maka disini perlulah pihak media ini menggunakan pengaruh yang ada
kepada perkara yang membawa kepada gaya hidup yang sihat dan positif. Lantas
daripada situ, tidaklah masyarakat menglabelkan bahawa media ini sebagai
perosak pemikiran.
Wujudnya bidang penyiaran ini maka terbinalah agensi, syarikat,
produksi yang mempunyai hubungkait dengan penyiaran dan sudah pasti mereka
memerlukan “wanita” sebagai daya penarik untuk melariskan, mempromosikan dan
mengiklankan produk barangan mereka. Wanita yang berbadan langsing, mempunyai
lenggok badan yang menarik, bersuara merdu, cantik, anggun, seksi dan gaya yang
mempersonakan akan diberi keutamaan dalam dunia penyiaran kini. Kenapa itu yang
perlu ditonjolkan?cuba try fikir....
Media elektronik merupakan satu alat yang memainkan peranan yang
sangat penting dalam dunia penyiaran ini. Dengan wujudnya televisyen, radio,
majalah, surat akhbar, papan iklan, computer dan lain-lain membuatkan wanita
kini terus dieksploitasi dengan rakusnya tanpa disedari. Penggunaan media
elektronik pada hari ini sangat memberi impak dan kesan kepada masyarakat hari
ini. Baik dari segi emosi, sikap, cara hidup dan pemikiran masyarakat. Sama ada
memberi kesan yang positif atau negatif itu yang perlu kita nilai dan fikirkan bila meniliti sesuatu tayangan.
pernah tonton filem ini...di dalam sedutan filem ini terdapat unsur2 eksploitasi wanita ttp menggunakan percakapan...ada juga adegan berkemban yg dilakonkn oleh pelakon wanita diatas |
Malangnya tanpa disedari ramai wanita Islam kini yang sibuk
dalam dunia penyiaran kini mereka ini seolah-olah mengetepikan syariat Islam
dengan mengagongkan cara hidup Barat.ada yg berpakaian tidak menepati syariat Islam sedangkan diri mereka beragama ISLAM.kemana pergi nilai diri atau nilai kesedaran kpd diri meraka ini? Kenapa ia boleh berlaku tanpa ada rasa serba salah? Kenapa wanita membiarkan diri
mereka dieksploitasi sebegitu rupa? dan mungkinkah dgn penggunaan wanita secara
berleluasa dalam bidang penyiaran kini menyebabkan rosaknya akhlak remaja Islam kini dan impaknya
gejala keruntuhan akhlak semakin meningkat seperti masalah sosial 5S (sport sex sing smoke screen).
JANGAN JANGAN Jangan kita biarkan ia terus menerus menjadi bahan utk mendapat keuntungan mereka wahai wanita tetapi peliharalah diri ini dengan sebaik2nya. jangan biarkan maruah diri wanita terus dieksploitasi tanpa batasan..
IF YOU LEARN YOU WILL NOT FORGET
INSYAALLAH :)